Friday, March 25, 2011

Aku Tanpa TV?

Pagi tadi tengah syok-syok tengok citer Selamat Pagi Cinta, tiba-tiba lak tergendala. "Your smart card is inactive. Please call Astro customer service to activate". Hahaha. Rupa-rupanya bil astro tak bayar lagi. Nasib baik adik aku tolong bayar siang tadi. Thanks sis...:) Aku tanpa tv? Oh tidak!!! Sunyi sepila hidup aku...




Thursday, March 24, 2011

Fara Fauzana & Wahid Tinggalkan Melodi?


Huhuhu. Minggu ni last la Fara Fauzana dan Wahid menjadi pengacara Melodi. Sedihnya, setelah sekian lama diaorang mengacarakan rancangan tu. Agaknya, ke mana destinasi seterusnya bagi kedua pengacara ni. Semoga kedua-duanya masih bersinar walaupun tak jadi pengacara melodi lagi. Dengar-dengar Dira dan Zizan bakal pengganti diaorang...

Maafkan Aku Sahabat Baruku...


Baru aje kenal dua minggu, aku dah mematahkan hati seorang sahabat baru. Dia memulakan perkenalan di laman sosial semata-mata kerana nama kami sama. Aku terima salam perkenalan itu. Namun, selepas ini mungkin aku tidak akan baik lagi dengan dia. Gara-gara kesilapan terbesar aku salah tanggapan tentang dia. Maafkan aku sahabatku...Aku tau, kau begitu marah dengan aku kerana keterlanjuran bahasa ku. Aku ini hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun aku akan menjadikan ini sebagai pengajaran terbesar dalam hidup aku...Sekali lagi maafkan aku sahabatku...


Bermantera Untuk Mendapatkan Sekeping Hati


Kali kedua aku tengok Mantera Anjasmoro. Hm...kerana terlalu sayangkan suaminya, sampai sanggup bersahabat dengan syaitan. Mantera digunakan untuk mengetahui hal sebenarnya...Begitulah alpanya manusia terpedaya dengan bisikan syaitan sehingga lupa Allah S.W.T lebih berkuasa. Semoga kita bukan tergolong dalam golongan tersebut.

Wednesday, March 23, 2011

Pasangan British Saman Jurukamera Gara-gara Video Perkahwinan Yang Teruk!


Martin dan Heidi pasangan British menangis apabila menonton video perkahwinan diaorang. Ini bukan kerana terharu dengan detik-detik bersejarah dalam hidup diaorang, tapi kecewa sangat dengan hasil kerja seorang jurukamera yang tak bertanggungjawabnya. Setelah menonton video tu, diaorang mengambil keputusan untuk menyaman jurukamera itu. Aku dah tengok sedikit pasal video tu, memang teruk pun hasil kerja dia, memang patut pun kena saman...

Inilah serba sedikit video tersebut...apala...kesian couple tu...


Sumber:
 Yahoo News & ABC News

Glitterati oh Glitterati!



Alhamdulillah...Setelah beberapa hari baru aku dapat post balik something kat innitnuffnang. Rasa kecewa sangat tak dapat nak post ari tu. Nasib baik ada member yang tolong aku macam mana nak solve problem ni. Hehehe. Sekarang aku bolehlah nak mencoret something kat blog aku...Thanks to nuffnang and my friend, amoi...:)

Saturday, March 19, 2011

Pokok Vanila


Selepas tengok Majalah Tiga tadi barula aku tau rupa bentuk pokok vanila dan rupanya pokok ni adalah  sejenis orkid. Pokok vanila mempunyai banyak kegunaannya, seperti yang kita sedia maklum vanila sangat meluas digunakan dalam industri pemakanan dan industri minyak wangi.


Selama ni buat kek lapis, selalu gak terfikir macam manala rupa bentuk pokok vanila tapi tak pernah pulak nak search kat internet. Hari ni first time aku tengok pokok ni, itu pun kalau tak Majalah Tiga yang paparkan segmen ni. Terima kasih Majalah Tiga kerana memaparkan Pokok vanila minggu ini. :). Jom kita kenali rupa bentuk poko vanila....



Hikayat Merong Mahawangsa Berbaloi Tonton!


Akhirnya, dapat jugak aku tengok Hikayat Merong Mahawangsa hari ni, baru ada kesempatan. Bagi aku berbaloi sangat tengok filem ni, memang best seperti mana yang di gembar-gemburkan sebelum ni. Sesuai dengan jiwa aku yang sukakan filem epik. Hari ini hari ke-10 tayangannya di pawagam, dah pun mencapai carta box office. Harap-harap makin bertambah jumlah penonton filem ni. Kepada sesiapa yang belum tengok tu, pergilah tengok yer, tak rugi pun...Berbaloi-berbaloi....Ni kali kedua dah aku update pasal filem ni kat blog aku. Hehehe...:)



Semasa menonton filem ni, berulang kali sebuah pantun kat bawah ni tuturkan sampai terngiang-ngiang di telinga ku...


Sampai masa tibanya waktu
 Redup hati kaum berdua
 Bila dua jasad bersatu
Hidup mati jadi bersama

Thursday, March 17, 2011

Dark Chocolate Lebih Baik Daripada Jus Buah-buahan?



Berita baik bagi pengemar coklat! Hasil kajian terbaru oleh Chemistry Journal Centre menndapati bahawa coklat lebih banyak mengandungi antioksidan (polyphenols and flavanols)  berbanding dengan jus buah-buahan. (Take note: the research was conducted by Hershey)

Para pengkaji di Hershey Center for Health & Nutrition telah membuat perbandingan antioksidan di antara dark coklat dan serbuk jus buah-buahan. Hasilnya mereka mendapati bahawa dark coklat mengandungi lebih banyak kapasiti antioksidan begitu juga kandungan flavanolsnya. Dalam kajian tersebut juga, produk serbuk koko mengalahkan serbuk blueberry dan cranberry pada skala antioksidannya.

"Biji koko seharusnya dijadikan sebagai Superfruit dan hasil ekstrak dari biji koko seharusnya dianggap sebagai Superfood" Kata penyelidik-penyelidik tersebut. 

Hasil kajian lain juga mendapati bahawa kandungan antioksidan yang tinggi dalam dark chocolate dapat menurunkan risiko penyakit jantung. The US-based National Heart, Lung, and Blood Institute telah menganalisis mereka yang memakan coklat lima kali  atau lebih dalam seminggu adalah 60% lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung. Tapi bagi kajian di Jerman pula mendapati, pemakanan coklat secara sederhana memberi kesan yang signifikan terhadap tekanan darah seseorang. 

So, korang janganlah makan coklat tu banyak sangat tau...Biar berpada-pada yer. Aku memang gemar makan coklat jugak tapi taklah hari-hari makan. Kesihatan kena jaga jugak...:)

Sumber:
By AFP Relax news, Updated: 3/16/2011
MSN Life & Style

Wednesday, March 16, 2011

5 Kediaman Aneh Tapi Menarik...

Masa aku baca info dekat yahoo tadi, aku tengok ada yang sangat menarik minat aku, so aku nak share kat korang gambar 5 kediaman aneh tapi menarik kat Amerika...

1. Bioscleave House Life Extending Villa


Location: East Hampton
Price: $ 4 million


2. The Dune House

Location: Atlantic Beach Florida
Price : $1.4 million


3. Mystery Castle

Location : Phoenix Arizona
Price: Not on the market


4. Coral Castle

Location: Miami Florida
Price: Not on the market


5. Hammargren Home of Nevada History

Location: Las Vegas Nevada
Price: Not on the market

Semua kediaman tu pelik tetapi menarik, unik dan ada nilai estitikanya yang tersendiri. Aku paling suka yang no 2. tu...The dune House. Korang lak mana satu???


Sumber: 
Colleen Kane , CNBC.com
Yahoo Real Estate


Saturday, March 12, 2011

Cuba Dapat Income Dengan says.my


Hujan lebat kat luar, jadi sambil baring-baring sempat gak aku tengok website says.my yang kawan aku invite ari tu. Best gak website ni, boleh tambah income. Aku baru je log in website ni. Hope dpt byk wang masyuk nanti. Try invite kengkawan, mana tau berjaya dpt lagi byk income. Lepas ni aku share semua kempen dalam website tu. Hehehehe. Kengkawan yg berminat tu, jomlah join sekali...