Thursday, March 17, 2011

Dark Chocolate Lebih Baik Daripada Jus Buah-buahan?



Berita baik bagi pengemar coklat! Hasil kajian terbaru oleh Chemistry Journal Centre menndapati bahawa coklat lebih banyak mengandungi antioksidan (polyphenols and flavanols)  berbanding dengan jus buah-buahan. (Take note: the research was conducted by Hershey)

Para pengkaji di Hershey Center for Health & Nutrition telah membuat perbandingan antioksidan di antara dark coklat dan serbuk jus buah-buahan. Hasilnya mereka mendapati bahawa dark coklat mengandungi lebih banyak kapasiti antioksidan begitu juga kandungan flavanolsnya. Dalam kajian tersebut juga, produk serbuk koko mengalahkan serbuk blueberry dan cranberry pada skala antioksidannya.

"Biji koko seharusnya dijadikan sebagai Superfruit dan hasil ekstrak dari biji koko seharusnya dianggap sebagai Superfood" Kata penyelidik-penyelidik tersebut. 

Hasil kajian lain juga mendapati bahawa kandungan antioksidan yang tinggi dalam dark chocolate dapat menurunkan risiko penyakit jantung. The US-based National Heart, Lung, and Blood Institute telah menganalisis mereka yang memakan coklat lima kali  atau lebih dalam seminggu adalah 60% lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung. Tapi bagi kajian di Jerman pula mendapati, pemakanan coklat secara sederhana memberi kesan yang signifikan terhadap tekanan darah seseorang. 

So, korang janganlah makan coklat tu banyak sangat tau...Biar berpada-pada yer. Aku memang gemar makan coklat jugak tapi taklah hari-hari makan. Kesihatan kena jaga jugak...:)

Sumber:
By AFP Relax news, Updated: 3/16/2011
MSN Life & Style

No comments: