Akhirnya, dapat jugak aku tengok Hikayat Merong Mahawangsa hari ni, baru ada kesempatan. Bagi aku berbaloi sangat tengok filem ni, memang best seperti mana yang di gembar-gemburkan sebelum ni. Sesuai dengan jiwa aku yang sukakan filem epik. Hari ini hari ke-10 tayangannya di pawagam, dah pun mencapai carta box office. Harap-harap makin bertambah jumlah penonton filem ni. Kepada sesiapa yang belum tengok tu, pergilah tengok yer, tak rugi pun...Berbaloi-berbaloi....Ni kali kedua dah aku update pasal filem ni kat blog aku. Hehehe...:)
Semasa menonton filem ni, berulang kali sebuah pantun kat bawah ni tuturkan sampai terngiang-ngiang di telinga ku...
Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kaum berdua
Bila dua jasad bersatu
Hidup mati jadi bersama
No comments:
Post a Comment