Saturday, February 26, 2011

Jom Tonton Filem Hikayat Merong Mahawangsa




Semalam lepas balik keje, aku tengok rancangan "Hikayat merong Mahawangsa: Kebenaran Di sebalik Mitos" kat TV3. Tertarik sangat aku dengan filem ni, filem yang bakal di tayangkan 10 Mac 2011 nanti.  Filem epik/ aksi terbitan KRU Studios adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sangat menarik.




Filem ini mengisahkan kronologi seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain yang pada asalnya seorang gelandangan sehingga menjadi raja dan membentuk sebuah Kerajaan Langkasuka. Filem ini dibintangi barisan pelakon luar dan dalam negara iaitu Stephen Rahman Hudges, Dato Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Ummi Nazeera, Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Craig Fong (Australia). 

Filem ini difahamkan menelan belanja sebanyak RM8 juta dan merupakan filem tempatan kedua termahal selepas filem Puteri Gunung Ledang. Harap-harap filem ini terbaik dan akan mendapat sambutan daripada semua pihak. Di samping menonton filem ini kita boleh mempelajari sejarah negara kita. :)




2 comments:

sawn said...

Rasanya Puteri Gunung ledang lagi mahal kot.. Jumaat lepas ada tengok the making of hikayat merong mahawangsa.. Rasa bagus jugak kalau ada dokumentari yang mengupas hikayat ni.

tulipkalas said...

Yup.PGL filem Melayu termahal setakat ni...setuju dgn pdpt sawn, blh kita tau lbh byk lagi psl ni kan...