Monday, February 21, 2011

Masalah Kemurungan?


Kebelakangan ini sering kali kita mendengar kes bunuh diri, bunuh anak kandung dan sebagainya. Semua ini berkaitan dengan masalah kemurungan yang di alami seseorang individu. Kemurungan didefinisikan sebagai perasaan sedih, derita dan rendah diri yang dialami dalam pada suatu masa atau jangka masa pendek yang menganggu kehidupan seharian.

Kemurungan sering berlaku dalam keluarga. Ianya mungkin disebabkan faktor keturunan, perilaku yang dipelajari atau kedua-duanya. Penyebab mengapa berlakunya kemurungan adalah seperti alkohol atau penyalagunaan ubat, kematian keluarga atau rakan, kekecewaan di rumah, pejabat atau sekolah dan lain-lain. 

Masalah ini sekiranya tidak diberi perhatian, ia mungkin akan mengakibatkan kesan negatif terhadap mereka yang mengalami kemurungan. Malah kesannya terhadap persekitaran seseorang itu. 

Terapi bagi mereka yang menghadapi kemurungan yang melebihi dua minggu atau lebih adalah dengan berjumpa doktor supaya mendapat rawatan yang sesuai. Sama ada anda menghidapi kemurungan ringan atau besar, penjagaan diri adalah amat penting. Contohnya, tidur yang cukup, pemakanan yang sihat, elakkan alkohol, meluangkan masa dengan ahli keluarga dan melakukan aktiviti sihat. Bagi mereka yang beragama Islam salah satu terapinya ialah solat, membaca Al-Quran, berzikir, dan berselawat. InsyaAllah masalah kemurungan ini akan berkurangan.

Sekiranya ahli keluarga atau rakan anda mengalami masalah ini, berikan mereka bantuan dengan mendengar masalah mereka atau memberi sokongan moral dan jangan sesekali membiarkan mereka terus murung kerana ia akan mendorong mereka melakukan perkara yang tidak diingini seperti membunuh diri. Oleh itu, kita semua mesti ambil peduli apa yang berlaku di sekeliling kita.


Sumber: Yahoo Health.

No comments: